1

aQ terasa hati

Posted by mieZa taiB on Wednesday, May 12, 2010
buat kamu teman, perbuatan kamu membuatkan aQ terasa hati..sedey nya ati ini.. aQ fikir masa lalu itu telah kamu maafkan dan sudah membuka lembaran baru untuk bersama-sama mengeratkan tali silaturahim,

namun aQ silap dan salah anggapan, ternyata kamu masih mendendami hal semalam malah masi marah terhadapku.

aQ sungguh tidak mahu membuat ati kamu terasa malah aQ tidak menyedari perbuatan aQ menyakitimu sehingga pernah kita terserempak dijalanan dan aQ menghulurkan tangan dengan ikhlas lantas tersenyum namun kamu membuang muka dan memandang jelik salaman yg aQ hulurkan.

maafkanlah aQ kiranya kamu masih marah di atas segala perbuatan aQ terhadapmu, dek kerana aQ masih belum matang n keanak2kan ketika itu lalu aQ membuat kekhilafan tersebut, lagipun pada waktu itu aQ masih mentah dan tidak dapat membuat pertimbangan sewajarnya.

dan sekiranya kau masih ingat waktu itu, aQ di fitnah dengan segala tohmahan malah dipulau oleh rakan sekelas berbulan lamanya. waktu itu ko sudah tiada di sekolah dan mungkin itu petunjuk dan balasan Allah swt atas perbuatan aQ terhadapmu.

tapi, walaubagaimanapun kiranya aQ setulus ati meminta maaf terhadapmu teman semoga jalinan silaturahim @ persahabatan ini dpt dikekalkan atas nama agama Islam tercinta..amin

p/s; .......

1 Comments


sapa yg kasi terasa ko ni babe?? q kenal ka?

Copyright © 2009 tHe sLeepY daMseL All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.