2

aku tidak pandai bersuara..namun yang pasti aku mahu berani hidup untuk berhadapan dengan kegagalan

Posted by mieZa taiB on Tuesday, December 08, 2009
setiap manusia mengimpikan untuk melakar kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan masing-masing,

mereka tidak putus asa untuk mengejar cita-cita yang diimpikan malah sanggup bergolok gadai untuk menjadikan mimpi mereka satu kenyataan,

aku juga tidak terlepas dari menjadi salah seorang insan kerdil dalam golongan manusia sedemikian,

aku tidak pandai bersuara malah kadang-kala suara hati itu sentiasa tersimpan kemas lagi kukuh dalam hati,

namun, aku sangat pasti bahawa aku mahu berani hidup untuk menghadapi sebarang kegagalan,

pada pendapat aku, hidup berani untuk gagal bermaksud berani mengambil risiko dan sanggup berhadapan dengan kegagalan secara positif,

oleh itu, hidup berani untuk gagal kini akan tersemat sebagai motto hidupku kerana hidup ini sangat berharga dan setiap saat tidak harus dipersiakan.

sekian, terima kasih

p/s: terima kasih kepada teman seperjuangan merangkap bff saya, cik dyLLa kerna tidak segan-silu untuk berkongsi pengetahuan mengenai pertandingan ini..

2 Comments


selamat maju jaya!
=)

Copyright © 2009 tHe sLeepY daMseL All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.