8

PM turun padang lawat Puduraya, Jalan TAR

Posted by mieZa taiB on Sunday, April 26, 2009

PM tinjau masalah



NAJIB ditemani Raja Nong Chik (kiri) dan Saravanan mencuba air jus durian belanda ketika melawat gerai jualan ketika lawatan mengejutnya di Jalan Masjid India, semalam.- Foto Bernama

PM turun padang lawat Puduraya, Jalan TAR

KUALA LUMPUR: Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandaraya, Perdana Menteri semalam melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu lintas.

Beliau kurang senang dengan kesesakan itu dan ketidakcekapan kemudahan awam ketika melakukan tinjauan selama sejam, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Najib, yang berpakaian kasual berkemeja perang dan seluar cerah, tiba di Jalan TAR, dekat Semua House pada 3.20 petang, diiringi Raja Nong Chik, timbalannya Datuk M Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Di Jalan TAR, yang terkenal dengan kedai tekstil dan barang kemas, Najib diberi taklimat oleh Ahmad Fuad mengenai cadangan tempat letak kereta bertingkat berhampiran Semua House, dan beberapa rancangan menaik taraf lain di situ.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan di sepanjang lorong berkenaan sambil berhenti berbual dengan peniaga dan orang ramai.

Kemudian, beliau menaiki LRT yang penuh sesak dan terpaksa berdiri di stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat dan kemudian berjalan kaki di kawasan Puduraya yang terkenal dengan kesesakannya - di mana terletak terminal bas ekspres untuk perkhidmatan ke Utara dan Selatan tanah air.

Najib juga berhenti di sebuah gerai di bangunan itu mendapatkan minuman sejuk bagi menghilangkan haus berikutan cuaca panas.

Perdana Menteri yang diiringi sekumpulan pengawal keselamatan dan pegawai, menarik perhatian orang ramai.

Seorang wanita yang ternampak kelibat Najib lantas memboloskan diri di tengah-tengah kumpulan orang ramai sambil berteriak: "Saya mahu ambil gambar Perdana Menteri saya".

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada jam 4.25 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Raja Nong Chik berkata, Perdana Menteri memandang berat mengenai kurangnya kemudahan dan kesesakan di tempat tertentu dan mahukan penambahbaikan dilakukan segera.

"Beliau mengalami sendiri, dengan berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai, apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari, seperti kesesakan dan pelbagai kesulitan lain, di kawasan sesak.

"Beliau berkata, masalah seumpama itu bukan petanda baik buat negara kita yang berusaha menjadi negara maju menjelang 2020.

"Beliau sudah mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kementerian lain yang berkaitan menentukan kemudahan berkenaan dipertingkat," katanya.

Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata Najib mahu pemaju diberi kata dua menyiapkannya.

"Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain.

"Beliau mahukan projek itu dijalankan semula secepat mungkin," katanya.

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.

Plaza Rakyat dirancang mempunyai tiga bangunan - 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 tingkat untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah.

Mengenai rancangan menaik taraf kemudahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengurangkan kesesakan di Jalan TAR, Ahmad Fuad berkata, tender projek tempat letak kereta bertingkat di kawasan 0.5 hektar itu sudah dikeluarkan dan kerja pembinaan dijangka bermula tidak lama lagi. � Bernama

p/s: pas bca n tgk pic yg tertera..aq mgalami kemusykilan..n mcm2 isu bercmbah dgn byknya dlm kotak fikiran Q ne..whether i shall give our new pm a praise for wat he has done related to da pic and news stated above or whether all leader no matter what political party they represent shud taken diz kind of action to b a very simple example dat they need to share da problem n faced da experience occurs in our society and so on...

bg pak najib yg bru shj memulakn tugas sbg pm baru kta d arap akn mnjdi slh sorg pmimpin tauladan dgn baek wlupn byk crita hot @ sok sek2 mgenai bliaw...

pd pndpt aQ yg rendah hati..hnya Allah swt shj tau kbenaranY..smoga kbenaran dn keadilan itu bpihak kpd org2 yg bnar..

bg yg bc news d ats..pa komn anda??? agk2 brapa lm la kdaan sedemikian akn dlksnakndan dteruskn olh pemimpin lam negara kta ne..
ketuk kepala..tnya minda..

8 Comments


permulaan y baik...tp bukan ini y rakyat mahu...rakyat mahu pembunuh altantuya ditangkap...opsss..!!


btul2...cian kan 2 org 2 terus kena hkuman gntung..hehehe...smoga kepimpinan menjadi cemerlang....:)


cik manja.. mungkin saya di sini tidak tahu sebelum ini cik manja berpegang ke mana parti.. tapi kan cik Manja.. kepimpinan kalo diukur dengan tindak balas kan lebih baik dari kepimpinan diukur dari kata2..
saya tak tahu.. malas nak ambik tahu.. tapi saya bangga dok Malaysia, sebab xjadi lagi krisis yang jadi kat negara jiran kita tue.. hehe..


ehhh...cik manja..
bla ms pla aq jd cik mnja ne..e3..ndapa..smbil2 jeling ma cik adell..
buat en silent..he3..cik mnja mmg nda pena n niat mw join mn2 parti..
agk bhya politik d msia ne..cz kalu silp lgkh ble kna thn scr mmbuta-tuli..apa2pn smoga neg kta smkin mkmur hndakY..amin..


yeah.. betul tue cik manja..
moga aman selalu..
kita pakat ameen ramai yer..


selamat bcuti rang...n selamat bPraktikal...jgn noty2...bha...tc ya:)


keikhlasan menjamin sesuatu perbuatan itu berkekalan.

mungkin ada pandangan yang ingin dilontarkan di www.duniacacamarba.blogspot.com @ www.aisyamkimminas.blogspot.com. nice blog anyway


hii..lama x update blog.hehe.mesti busy rite.

Copyright © 2009 tHe sLeepY daMseL All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.