0

petua utk kaki...he3..

Posted by mieZa taiB on Tuesday, October 28, 2008
Bahan:
1 cawan jus lemon 2 sudu makan minyak zaitun
1/4 cawan susu Air secukupnya
Serpihan kelopak mawar atau kayu manis (untuk aroma)
Cara: Campurkan semuanya di dalam besen sederhana besar. Masukkan kedua kaki (separas betis) selama sepuluh minit, kemudian keringkan kaki dan bilas dengan sabun lembut serta air. Lakukan dua kali seminggu selama beberapa minggu sehingga kaki anda terasa lembut.

2. Hilangkan sisik pada kaki Kaki bersisik boleh menjejaskan penampilan tambah pula jika anda suka bergaya dengan skirt pendek. Ada juga wanita yang mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air putih di dalam jumlah yang cukup namun kulit mereka semula jadi kering. Justeru, untuk merawat masalah kulit kering, mengkudu atau nama santifiknya Morinda Citrifolia adalah jawapannya.
Cara: Gosokkan buah mengkudu matang pada bahagian kaki yang bersisik. Lakukan selama lima hingga 10 minit. Bersihkan dengan kain bersih yang direndam air suam.

3. Tumit kaki halus Di dalam dunia kecantikan, penggunaan garam digunakan secara meluas untuk membantu menghaluskan kulit, menggalakkan pertumbuhan sel sekali gus meremajakan kulit. Bahan: 1 genggam garam 1 titis minyak aroma seperti serai, halia, limau atau teh hijau Cara: Campurkan kedua bahan dan masukkan ke dalam air hangat. Rendam kaki dan gosok bahagian tumit yang kasar dengan sikat halus dan batu apung. Urut bahagian tumit dengan garam untuk membuang kulit kering. Apabila selesai, bilas kaki dengan air dan keringkan sebelum kaki disapu losyen pelembap sesuai jenis kulit.

Sumber: www.conectique.com

0 Comments

Copyright © 2009 tHe sLeepY daMseL All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.